Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Tumpuan Musim, Musim Luruh

Bahagian utama mula di sini

Wilayah Hyogo di musim luruh merupakan musim untuk daun gugur, dan pokok-pokok di pergunungan mula untuk berubah warna. Secara khususnya, kawasan Tamba tertitik dengan kuil dan tokong dengan daun musim luruh yang indah dan anda boleh menikmati melawati daun musim luruh. Di Prefektur Hyogo, yang mempunyai pelbagai topografi, terdapat banyak air terjun yang popular. Banyak pelancong melawat untuk permandangan air terjun diwarnai daun musim bunga, dan Air Terjun Nunobiki, Air Terjun Harajudo dan Tendaki terpilih sebagai salah satu daripada 100 air terjun teratas di Jepun. Apabila musim luruh semakin mendalam, anda boleh melihat permandangan lautan awan yang hebat, terutamanya lautan awan di langit dan Istana Takeda.

Nunobiki no Taki (Air Terjun Nunobiki) / Daun Musim Luruh (Kobe / Hanshin)

Nunobiki no Taki (Air Terjun Nunobiki) di Kobe terletak di sisi gunung Stesen Shin-Kobe, salah satu stesen Shinkansen (kereta api Bullet). Dipilih sebagai salah satu daripada 100 air terjun terhebat di Jepun, Nunobiki no Taki (Air Terjun Nunobiki) adalah nama kolektif untuk empat air terjun bersama, iaitu Ontaki, Mentaki, Meotodaki, dan Tsutsumigataki. Di musim luruh, pokok-pokok du pergunungan berubah warna, dan anda boleh lihat permandangan air terjun diwarnai oleh keindahan daun musim luruh.

Lebih

Nada/Himeji no Kenka Matsuri (Festival perang Nada) (Harima)

Festival Musim Luruh Tahunan di kuil Matsubara Haciman Jinja di bandar Shirahama, bandar Himeji terkenal dengan gelarannya "Nada no Kenka Matsuri (Festival perang Nada)". Sebagaimana namanya menyatakan, ia adalah festival di mana orang menghancurkan Mikoshi mereka dengan satu sama lain [seolah-olah mereka sedang "berperang"], dan dikenali sebagai salah satu festivsl Perayaan tradisional yang paling luar biasa dan aneh di Jepun. Festival Kenka Matsuri diadakan setiap tahun pada 14 dan 15 Oktober. Anda akan terpegun melihat aktiviti-aktiviti upacara di festival ini. Upacara "Shinji (upacara Kuil)" adalah dimana tiga Mikoshi diangkat tinggi di udara dan disokong oleh ramai orang di bawah, dan tiga Mikoshi dihancurkan satu sama lain dengan ganas. Kedatangan tujuh kereta dorong Yatai, dikenali sebagai "Yatai Neri", adalah di mana tujuh kereta dorong Yatai yang cantik di atas roda ditolak sekitar bandar secara ganas.

Lebih

Runtuhan Istana Takeda Unkai (Lautan awan) (Tajima)

Runtuhan Istana Takeda di Bandar Asago merupakan istana gunung terkemuka di jepun dibina di atas pergunungan ketinggian kira-kira 354m. Ia juga dikenali sebagai "Tenkuu no Shiro (Istana di Langit)" kerana ia kelihatan seolah-olah Istana sedang terapung di lautan awan di musim luruh. Kabus pagi muncul pada awal pagi, terutamanya pada musim luruh dan sejuk dan permandangan Runtuhan Istana Takeda dikelilingi oleh lautan awan sungguh menakjubkan, seolah-olah istana itu betul-betul terapung di atas awan.

Lebih

Tamba Kuil Momiji Sanzan / Entsuji (Tamba)

Terdapat banyak kuil dengan daun musim luruh yang indah di bandar Tamba, dan salah satu perlancongan tempatan yang popular adalah perlancongan daun musim luruh yang melawati 9 kuil. Secara khususnya, Kuil Entsuji, Kuil Sekiganji, Kuil Kogenji dipanggil "Tamba Momiji ("maple") Sanzan", dan tapak perlancongan popular dengan ramai pengunjung semasa musim Luruh. Permandangan indah daun musim luruh sekeliling Sanjuunotoh (Pagoda tiga-tingkat), dan pantulan imej daun musim luruh di kolam air, adalah permandangan yang sungguh unik di tapak ini. Musim yang paling tepat untuk daun musim luruh adalah sekitar November setiap tahun, dan beberapa kuil mengadakan festival dan acara untuk menghargai daun musim luruh.

Lebih

Laman Utama > Jelajah Hyogo > Tumpuan Musim, Musim Luruh