Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Tumpuan Musim, Musim Panas

Bahagian utama mula di sini

Pada musim panas di Hyogo, anda boleh menikmati berenang di pelbagai lokasi, dengan belah Utara Hyogo menghadap Laut Jepun manakala belah Selatan menghadap Lautan Pasifik. Lautan berdekatan San-in Kaigan Geopark mempunyai air yang jernih di mana anda boleh menikmati berkayak di laut dan menaiki bot pelayaran. Permandangan Laut Pedalaman Seto daripada titik pemerhatian jambatan Akashi Kaikyo juga disyorkan, serta permandangan hebat Naruto no Uzu Shio (pusaran air Naruto). Terdapat banyak Festival musim Panas di Hyogo, seperti Festival Tamba Sasayama Dekansho, yang telah didaftarkan sebagai salah satu Warisan Jepun. Di festival ini, anda boleh menikmati bunga api yang menerangi langit malam pertengahan musim panas dengan jelas.

Jambatan Akashi Kaikyo dan Persiaran Marin Maiko (Kobe / Hanshin)

Akashi Kaikyo Bridge adalah 3,911 meter panjang dan merupakan jambatan penggantungan terpanjang di dunia, menghubungkan bandar Kobe dan Pulau Awaji. Persiaran Marin Maiko adalah kemudahan pemerhatian, terletak di Jambatan Akashi Kaikyo. Anda boleh mengalami dan menikmati pelbagai permandangan Akashi Kaikyo daripada pemerhatian di Jambatan ini, melihat melalui lantai kaca di mana anda boleh lihat kapal pergi dan kembali di bawahnya. Anda juga boleh melihat Akashi Kaikyo daripada "Sistem Camera Pemerhatian" di mana anda boleh menikmati pengalaman simulasi melihat ke bawah Akashi Kaikyo dari sudut pandangan 300m atas laut. seolah-olah anda sedang lihat kebawah Akashi Kaikyo dari atas menara kawalan Utama Jambatan.

Lebih

Nanko Himawari Batake (ladang bunga matahari) (Harima)

Nanko Himawari Batake merupakan permandangan indah yang simbolik dengan musim panas di bandar Sayo. Di Nanko Himawari Batake (ladang bunga matahari), terdapat sejumlah 1.5 juta bunga matahari di kawasan Nanko, dan anda boleh menimakti sehingga 700 ribu bunga matahari berhampiran Himawari Sai (festival bunga matahari). Himawari Sai (festival bunga matahari) diadakan setiap tahun dari pertengah Julai ke penghujung Julai. Anda boleh membeli produk pertanian dan makanan tempatan khas di festival ini. Berhampiran Nanko Himawari Kan, anda juga boleh membeli minyak memasak tempatan dan pakaian dibuat daripada bunga matahari.

Lebih

Takeno Kaigan ("pantai") dan Nekozaki Hantoh ("Semenanjung") (Tajima)

Takeno Kaigan ("pantai"), yang telah dipilih sebagai salah satu "88 pantai Terbesar Jepun) dan "100 tebing laut Terbesar Jepun". Ia merupakan pantai yang sangat indah dengan pantai pasir putih, pokok pain dan air laut biru. Di musim Panas, kawasan ini dipenuhi dengan banyak pelancong berensng di pantai dan pelbagai sukan marin juga berkhemah. Nekozaki Hantoh (Semenanjung), paling hujung utara Prefektur Hyogo, mempunyai sebuah persiaran di mana anda boleh berjalan ke Rumah Api di hujung semenanjung. Daripada Rumah Api, anda boleh menikmati permandangan panorama Laut Jepun yang hebat

Lebih

Festival Tamba Sasayama Dekansho (Tamba)

Dekansho Bushi diiktiraf secara nasional sebagai salah satu Festival Rakyat yang terkenal di Jepun. Dekansho Bushi dilahirkan di bandar Istana Sasayama semasa zaman Edo, dan didaftarkan sebagai salah satu Warisan Jepun. Di festival Dekansho Bushi, anda boleh mengalami tarian tradisional Jepun Bon-Odori. Pada waktu malam, orang tempatan dan pelancong berkumpul dan membentuk beberapa bulatan, dan menari dengan muzik Dekansho Bushi. Terdapat bunga api semasa festival, menerangi langit malam pertengahan musim panas dengan jelas.

Lebih

Naruto no Uzu Shio (pusaran air Naruto) (Awaji)

Tumpuan perlancongan Awaji adalah 1,629 meter panjang Jambatan Naruto yang menghubungkan Pulau Awaji dan Pulau Shikoku, dan permandangan 30-meter-lebar pusaran air terbesar di dunia yang sentiasa berubah bentuk setiap masa. Anda boleh melihat arus pusaran air daripada kapal pelayaran, yang melalui pusaran air, atau daripada pemerhatian bot pelayaran "Kanrinmaru", yang melayar sekeliling arus pusaran air selama kira-kira sejam.

Lebih

Laman Utama > Jelajah Hyogo > Tumpuan Musim, Musim Panas