Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Tumpuan Musim, Musim Sejuk

Bahagian utama mula di sini

Prefektur Hyogo di musim sejuk penuh degan makanan gourmet yang lazat. Ketam salji dari Laut Jepun, tiram dari Laut Pedalaman Seto, ikan buntal Torafugu dari Pulau Awaji, dan hidangan periuk panas Botan Nabe (Daging babi liar) semua ada di musim sejuk. Anda akan menikmati pelbagai hidangan periuk panas dan Onsen (Kolam Air Panas) di hotel Ryokan. Tambahan lagi, produksi Pengeluaran Sake akan berjalan dengan sepenuhnya semasa musim sejuk, dan anda akan berpeluang untuk merasai sake yang baru dibuat di pelbagai kilang. Bergantung kepada pengeluar, anda juga boleh memerhati bagaimana sake dibuat. Anda juga boleh menikmati sukan musim sejuk di Resort-resort ski di bahagian utara Hyogo, yang dikenali sebagai beberapa Resort Ski yang terbaik di Jepun (Barat).

Rasa sake

Sake yang baik dibuat daripada beras baik dan air baik. Hyogo, tempat kelahiran Raja Sake, "Yamada Nishiki", secara geografi mempunyai kelebihan memiliki jenis komposisi air yang terbaik dan sesuai untuk Pembuatan Sake yang muncul secara semula jadi di rantau ini. Oleh itu, Hyogo dkatakan diberkati oleh Tuhan Sake. Marilah menikmati sake yang hebat untuk rasa, aroma, perisa, dll dengan mengaktifkan lima-lima deria anda.

Lebih

Tiram (Harima)

Tiram dari Nishiharima (Harima Barat) telah dipelihara dengan nutrien yang kaya mengalir dari Sungai Ibo dan Sungai Chikusa, jadi ia hanya mengambil masa setengah tahun dari awal musim Panas, sehingga tiram sudah membesar sepenuhnya dan sedia untuk meja makan. Atas sebab ini, Tiram dari Nishiharima dipanggil "Tiram-Satu-Tahun". Daging tiram ini membesar dengan banyak di dalam cengkerang tidak mengecut bila panas, dan mengekalkan tekstur segar walaupun selepas masak. Rasa manis dan licin juga tekstur Tiram selalunya digambarkan "seperti susu dari laut".

Lebih

Kawasan Rumah Peranginan Ski (Tajima)

Kawasan Tajima, terletak di bahagian utara Prefektur Hyogo, adalah kawasan bersalji yang jarang di bahagian barat daya Jepun kerana angin musim yang mengambil jumlah wap air yang banyak dari Laut Jepun melanda pergunungan dan menyebabkan banyak salji turun. Terima kasih kepada itu, Tajima mempunyai banyak Resot Ski yang unik. Resort Ski Kannabe Kogen di Toyooka City dan Resort Ski Hachi Kogen di Bandar Yabu adalah salah satu Resort Ski yang terbaik di Jepun Barat.

Lebih

Hidangan Periuk Panas Botan Nabe (Daging babi liar)

Hidangan Periuk Panas Botan (Daging babi liar), iaitu Periuk Panas dengan daging babi hutan dengan sayur-sayuran yang banyak, adalah makanan jiwa tempatan terkenal semasa musim sejuk di kawasan Tamba. Sup disediakan adalah berasas-Miso (Kacang soya), dan setiap restoran mempunyai sentuhan berbeza pada perisanya. ia dipanggil "Botan Nabe" kerana daging Babi hutan dihiris dan dihiasi di atas pinggan, dan penampilannya seperti bunga Peony (bunga "Botan"). Daging Babi hutan disediakan di kawasan Tamba adalah segar, dan tiada bau kesan rasa yang kuat, jadi ia disukai oleh ramai orang tempatan dan pelancong penggemar gourmet.

Lebih

Nada Kuroiwa Suisenkyo (ladang bunga "Narcissus") (Awaji)

Pulau Awaji dikenali sebagai salah satu tapak bunga narcissus yang paling popular di Jepun. Nada Kuroiwa Suisenkyo (ladang bunga "Narcissus") adalah salah satu daripada tiga habitat semula jadi bunga Narcissus terbesar di Jepun. Di lapangan curam Yuzuruhasan (Gunung Yuzuruha) menuju ke laut, terdapat anggaran 5 juta bunga Narcissus liar memekar di seluruh kawasan tanah luas 7 hektar. Warna-warna kontras antara warna kuning lemon Narcissus dan warna biru laut merupakan permandangan yang sungguh menakjubkan untuk pengunjung. Tempoh bunga mekar selalunya antara pertengahan Disember sehingga pertengahan Februari setiap tahun.

Lebih

Laman Utama > Jelajah Hyogo > Tumpuan Musim, Musim Sejuk