Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.
Bahagian utama mula di sini
Selamat datang ke Wilayah Hyogo.
Wilayah Hyogo kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, pintu masuk ke Jepun. Tiga lapangan terbang, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, tersedia, dan masuk melalui udara dan darat sangat senang, buatkan perjalanan di sekitar Jepun sangat mudah.
Wilayah Hyogo telah kumpul maklumat asas yang diperlukan untuk budaya Islam bagi memudahkan lagi untuk pengunjung Muslim di luar negara untuk melancong.
|
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, tiga bilik sembahyang disediakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan, beroperasi 24 jam sehari. Satu di tingkat ketiga bangunan Terminal 1, dan dua yang lain di kawasan perlepasan antarabangsa bagi perlancong Muslim boleh mempunyai ketenangan fikiran apabila mereka di kemudahan lapangan terbang. Semua bilik adalah “bilik berasingan untuk lelaki dan perempuan” dan dilengkapi dengan kawasan “Wudu” untuk membersihkan badan sebelum bersembahyang.
|
|
|
|
1 Senshu Kuko Kita, Izumisano, Osaka, 549-0001
TEL 072-455-2500 (Maklumat Lapangan Terbang)
Laman Web Lapangan Terbang
https://www.kansai-airport.or.jp/en/
Panduan tingkat bilik sembahyang
https://www.kansai-airport.or.jp/map/t1/3f.html#player
https://www.kansai-airport.or.jp/map/t1/gate.html#player_01
https://www.kansai-airport.or.jp/map/t1/gate.html#player_02
Restoran disahkan halal terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Restoran Udon “The Udon” di tingkat dua Terminal 1, restoran Shinshu Soba “Sojibo” di tingkat tiga, dan "Oraga Soba - Kedai Kanku Aero Plaza" di tingkat tiga Sektor Aeroplaza. Tambahan lagi, terdapat 15 restoran lain di Lapangan Terbang menyediakan “Menu Bebas daging babi & Bebas alkohol.”
[Bangunan Terminal 1]
[Bangunan Terminal 2]
[Plaza Aero]
[Nikko Hotel Lapangan Terbang Kansai]
PETA Panduan Terperinci
https://www.kansai-airport.or.jp/sites/default/files/2017-10/muslim.pdf
Di Stesen Bandar Osaka (JR Stesen Osaka), terdapat bilik sembahyang yang mementingkan privasi di Hujung Barat “Dataran Pintu Selatan” di Tingkat 1 Bangunan Pintu Selatan. Daftar masuk diperlukan bagi menggunakan bilik sembahyang ini, jadi sila datang ke “Maklumat Stesen Bandar Osaka” (di Tingkat 3 Bangunan Pintu Utara) untuk mendapatkan akses.
|
|
Restoran dengan menu mesra Muslim disediakan di “Ukihashi” dan “Fluve” di Hotel Granvia di tingkat 19 Bangunan Pintu Selatan. Di tingkat 16 juga di kawasan Umaimono-Plaza, “Menu bebas daging babi” disediakan di “Ginza Hageten”, “Uosa” dan “Hakakuan.”
http://osakastationcity.com/en/
|
|
3 Umeda, Kita-ku, Bandar Osaka, Osaka
AKSES
Stesen JR “Osaka” (bersambung terus), Stesen “Nishi-Umeda” Laluan Yotsubashi Metro Osaka, Stesen Kereta api “Osaka-Umeda” Hanshin.
Pautan untuk Restoran |
Kobe mempunyai 3 masjid.
Ini adalah masjid pertama di Jepun dibina dengan sumbangan dan pelaburan daripada pedagang Turki, Tatar, dan India yang berpangkalan di Kobe.
2-25-14 Nakayamatedori, Chuo-ku, Kobe, Hyogo, 650-0004
078-231-6060
http://kobe-muslim-mosque.com/
Masjid ini sudah kukuh ditubuhkan dan dicintai oleh masyarakat setempat, dan di lokasi terdekat terdapat restoran khusus untuk makanan halal “RESTORAN HALAL HYOGO” (Alamat Restoran: 6-2-13 Kamiwakadori, Chuo-ku, Kobe; TEL 078-230-3988)
5-3-15 Kamiwakadori, Chuo-ku, Kobe, Hyogo, 651-0067
078-855-5506
|
|
Pautan untuk Masjid / ruang sembahyang |
Terdapat beberapa hotel “mesra Muslim” dengan permandangan malam yang indah, di sekitar bandar Kobe.
Menu disahkan halal “mesra Muslim” disediakan di Restoran Azalea hotel. (*Permintaan terlebih dahulu untuk menu diperlukan)
*Tempahan diperlukan
2-7-1 Showadori, Amagasaki, Hyogo, 660-0881
06-6488-7777
Terdapat di kawasan Port Island, ia hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Kobe/Stesen Sannomiya..
Hotel mesra Muslim.
Menu sarapan mudah untuk dibaca dengan piktogram bagi menu mesra Muslim. Untuk makan malam, menu Halal disediakan dengan Permintaan terlebih dahulu. Menu a-la-carte biasa yang lain untuk sarapan dan makan malam juga boleh diaturkan dengan pelarasan mesra Muslim dengan Permintaan terlebih dahulu.
6-1 Minatojima-Nakamachi, Kobe, Hyogo, 650-0046
078-303-5555
Sebuah hotel di kawasan ini, terletak dengan mudah dan senang untuk diakses dengn kereta api. Bilik sembahyang disediakan, dan menu sarapan halal disediakan dengan permintaan terlebih dahulu.
1 Kitanomachi, Chuo-ku, Kobe, Hyogo, 650-0002
078-291-1121
Ia adalah hotel bersejarah yang dimulakan sebagai hotel tertua di Jepun sejak apabila Perlabuhan Kobe dibuka pada 1870. Hidangan mesra halal sedia untuk dihidang dengan permintaan terlebih dahulu.
25 Kyomachi, Chuo-ku, Kobe, Hyogo, 650-0034
078-326-1500
Pautan untuk Penginapan |
Laman Utama > Perkara yang perlu dilakukan