Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Kawasan Awaji

Bahagian utama mula di sini

Pulau Awaji adalah di mana anda melintasi jambatan penggantungan terpanjang di dunia, Jambatan Akashi Kaikyo dari Kobe. Pulau Awaji dikatakan sebagai tempat kelahiran Jepun dalam mitologi nasional. Pulau Awaji, dikelilingi oleh lautan 360-darjah dan diberkati dengan iklim yang panas di Setouchi, terkenal sebagai "pulau bunga" di mana bunga-bunga bermusim seperti daffodils, bunga rotan dan tulip mengalu-alukan anda. Ningyo Joruri, yang mempunyai sejarah 500 tahun, akan dipersembahkan di Awaji Ningyo, Di mana anda boleh mengalami seni persembahan tradisional Jepun.

Naruto no Uzu Shio (pusaran air)

Tumpuan perlancongan Awaji adalah 1,629 meter panjang Jambatan Naruto yang menghubungkan Pulau Awaji dan Pulau Shikoku, dan permandangan 30-meter-lebar pusaran air terbesar di dunia yang sentiasa berubah bentuk setiap masa. Anda boleh melihat arus pusaran air daripada kapal pelayaran, yang melalui pusaran air, atau daripada pemerhatian bot pelayaran "Kanrinmaru", yang melayar sekeliling arus pusaran air selama kira-kira sejam.

Lebih

Kebun Awaji Yumebutai and Hyakudan-en

Kemudahan Seni Kompleks yang direka oleh arkitek terkemuka dunia Tadao Ando, bertujuan untuk memulihkan tapak tanah lapang bumi dab perlombongan pasir. Anda boleh mengalami kewujudan bersama alam dan sebina industri di kemudahan ini. Terdapat "Kaino Hama" ("lapangan Kerang"), yang dicipta oleh satu juta cengkerang kerang kosong tertanam atas tanah, "Muzium Botani Kisekino Hoshi", iaitu salah satu Rumah Hijau terbesar di Jepun, dan banyak lagi reka bentuk senibina yang menarik di kemudahan ini. Anda juga akan menikmati permandangan "Kebun Hyakudan-en" yang mengagumkan di mana terdapat seratus pasu bunga berbaris sepanjang cerun bukit dalam kemudahan ini.

Lebih

Awaji Ningyoza (Pavilion Awaji Boneka Joruri)

Ningyo Joruri, seni persembahan tradisional Jepun, masih dihargai di Pulau Awaji sehingga hari ini. Anda boleh melihat persembahan Ningyo Jojuri di Awaji Ningyoza (Pavilion Awaji Boneka Joruri), yang mempunyai 500 tahun sejarah. Teknik pengendalian boneka adalah sangat artistik. Panduan Audio dalam pelbagai bahasa tersedia untuk pelawat yang bukan berbahasa Jepun. Awaji Ningyo Joruri Kan (Pavilion Awaji Boneka Joruri) yang terdekat mempamerkan boneka-boneka dan bahan bersejarah lain.

Lebih