Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Kawasan Kobe & Hanshin

Bahagian utama mula di sini

Kobe, Bandar Pelabuhan metropolitan Jepun, sudah lama mengalu-alukan pelawat asing, dan Kitano Ijinkan-gai and Kyuu-Iryuuchi (Perkampungan Dahulu) tapak bangunana gaya-Barat mewarnai bandar ini. Kobe juga terkenal sebagai pusat fesyen di Jepun, jadi membeli belah di Kobe juga ialah aktiviti yang disyorkan. Pemandangan cahaya bandar malam daripada Rokkosan terkenal sebagai "Pemandangan cahaya malam 10 Juta Dolar". Di kawasan Hanshin, di antara bandar Kobe dan bandar Osaka, terdapat Teater Hiburan Takarazuka dan Stadium Baseball Hanshin Koshien, di mana anda boleh menikmati aktiviti-aktiviti hiburan yang mengujakan. Kawasan ini juga terkenal dengan sejarah panjang Daerah Pembuatan Sake Jepun, dan merupakan kediaman bagi Pengilang Pembuatan Sake tradisional yang popular.

Observatori Rokkosan

Anda boleh menikmati "Pemandangan Malam 10 Juta Dolar" di Kobe di lokasi Observatori berhampiran stesen Rokkosan Kabel Sanjou di puncak gunung. Permandangan indah ini menghadap kawasan yang luas, daripada Osaka ke Wakayama, merupakan permandangan yang sungguh menakjubkan untuk dialami. Permandangan cahaya malam bandar ini telah terpilih sebagai salah satu Warisan Pemandangan Malam yang Hebat di Jepun. Anda boleh berehat dan nikmati di ruangan cafe yang menghadap permandangan malam yang mempesonakan, dengan makanan dan minuman yang bagus.

Lebih

Stadium Hanshin Koshien

Stadium Hanshin Koshien di Nishinomiya ialah stadium kediaman pasukan besbol profesional 'Hanshin Tigers'. Para peminat hanshin Tigers terkenal dengan semangat tinggi sorakan dan nyanyian lagu mereka di perlawanan, terutamanya sorokan belon-jet mereka. Stadium ini menjadi tuan rumah Kejohanan Besbol Sekolah Kebangsaan Jepun setiap tahun semasa musim perlawanan semasa musim Bunga dan Luruh. Terdapat Muzium Sejarah Koshien di padang luar Stadium, yang memaparkan sejarah 80 tahun Stadium ini.

Lebih

Daging Kobe

Daging Kobe adalah salah satu daripada tiga teratas Jenama Daging Jepun, dan merupakan salah satu daripada jenama daging yang paling terpuji oleh penagih makanan di seluruh dunia. Hanya daging lembu yang terpilih dengan teliti daripada baka Tajima yang terkenal boleh memiliki label jenama sebagai "Daging Kobe". Daging bercorak marmar dan cantik ini mempunyai tekstur yang lembut dan cair di mulut anda apabila anda memakannya. Daging Kobe akan memberikan anda "umami" rasa yang sungguh enak dan lazat di mulut yang anda pasti akan menikmati.

Lebih

Cari mengikut acara

Laman Utama > Rancang perjalanan anda > Kawasan Kobe & Hanshin