Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Maklumat Perjalanan Berguna

Bahagian utama mula di sini

talian kecemasan

Sekiranya berlaku sakit atau kecederaan semasa perjalanan di Jepun

Untuk perjalanan selamat di Jepun

Wi-fi percuma

Wi-fi percuma KANSAI

Wi-fi percuma KANSAI adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan akses langsung ke wifi awam tempatan di kawasan Kansai, tanpa perlu melalui prosedur pengesahan setiap masa anda ingin berhubung.

Aplikasi ini boleh digunakan dalam zon wifi percuma yang disediakan oleh kerajaan tempatan dari kesatuan rantau Kansai, termasuk wifi percuma Hyogo, wifi percuma Osaka, wifi percuma Kyoto, wifi percuma Kobe, dan 10,000 lagi rangkaian wifi percuma disediakan di rantau Kansai.

Wi-fi percuma KANSAI (Bahasa Inggeris) (PDF: 3,476KB)

Cara menggunakan Wi-fi KANSAI Percuma (Bahasa Cina) (PDF: 854KB)

Butiran Wi-fi Percuma KANSAI (versi Bahasa Inggeris) (laman web luaran)

Perkhidmatan ATM

ATM terletak di pejabat pos, stesen, kedai serbaneka, dll membolehkan anda untuk mengambil duit dalam yen Jepun, menggunakan kad kredit atau kad debit dikeluarkan oleh institusi kewangan di luar Jepun. Jenis-jenis kad dan masa waktu buka mungkin berbeza untuk setiap mesin ATM, jadi silalah periksa maklumat mereka di halaman utama setiap ATM/Bank yang anda ingin guna.

Bank Pos Jepun (Yuucho Bank)

ATM Bank Pos Jepun (Yuucho Bank) tersedia di pejabat pos, stesen, pasar raya, dan kedai serbaneka seperti FamilyMart. Beberapa ATM boleh digunakan 24 jam sehari, tapi mungkin tidak tersedia bergantung pada tempat.

JAPAN POST BANK International ATM Service (Perkhidmatan ATM Antarabangsa) (laman web luaran)

yuchocard

Seven Bank

ATM dipasang di kedai serbaneka seperti "Seven-Eleven", lapangan terbang, dan stesen. ATM di Seven-Eleven boleh digunakan 24 jam sehari. (* Beberapa kedai mungkin tidak buka 24 jam sehari.) Skrin ATM dan resit menyediakan 12 bahasa dan boleh ditanya dalam Inggeris melalui interkom ATM

SEVEN BANK ATMs (laman web luaran)

E-net

ATM dipasang di "FamilyMart" di kedai serbaneka dan "Don Quijote" di kedai diskaun. Anda boleh mengambil yen Jepun dengan kad duit dan kad kredit dikeluarkan di luar negara 24 jam sehari, 365 hari setahun.

E-net (laman web luaran)

ATM Lawson

Yen Jepun boleh dikeluarkan pada bila-bila masa di ATM dipasang di kedai serbaneka "Lawson". Jumlah pengeluaran maksimum setiap transaksi adalah 50,000 yen, dan kedai yang boleh digunakan berbeza bergantung dengan jenis kad.

LAWSON-ATM (laman web luaran)

lawsonjikki lawsoncard

ATM AEON Bank

ATM dipasang di pusat membeli belah "AEON MALL", pasaraya "MAXVALU", dan kedai serbaneka "Ministop". Masa yang ada berbeza bergantung kepada waktu buka kedai.

AEON Bank (laman web luaran)

Penukar Wang

Mata wang asing boleh ditukarkan kepada yen Jepun di bank dan kedai memaparkan papan tanda "Penukarn Wang Berlesen". Kadar pernukaran berbeza setiap hari kerana pasaran kewangan berubah. Bank di lobi ketibaan Lapangan terbang Narita dan Lapangan terbang Haneda juga menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang asing. Oleh itu, ini membuatkannya mudah untuk pelancong asing untuk melawati Jepun tanpa menyediakan wang bentuk yen Jepun terlebih dahulu.

Kedai bebas cukai

Cukai penggunaan (8%) berlaku untuk setiap penggunaan produk di Jepun. Tetapi, pelancong asing dikecualikan daripada cukai penggunaan ini, di bawah terma & syarat tertentu. Untuk layak untuk dikecualikan cukai, pelancong asing mesti mengikut prosedur di kedai serbaneka, kedai perkakas rumah, kedai diskaun, dll. pada masa pembelian

Kelayakan pengecualian cukai

  • Orang asing yang tinggal di Jepun selama 6 bulan
  • Status Pasport adalah "diplomatik" atau "rasmi" (Layak juga untuk penyertaan yang diluluskan 6 bulan)

Produk yang layak untuk pengecualian cukai

Jumlah untuk juantiti berikut untuk kedai yang sama pada hari yang sama

  1. Produk umum ... Lebih 10,001 yen
  2. Penggunaan* ... JPY 5,001-JPY500,000 * Penggunaan: Makanan, minuman, farmaseutikal, dan kosmetik.

Prosedur pengecualian cukai

  1. Pada masa pembelian, sila tunjukkan pasport anda di kaunter keluar.
  2. Pada masa pembelian, bukti "rekod eksport cukai penggunaan / produk pengecualian" akan disatukan / dipasang pada pasport anda di kedai. (Yang akan dikutip oleh pihak berkuasa kastam pada waktu berlepas di lapangan terbang semasa anda meninggalkan Jepun).
  3. Tunjukkan tiket pulang kepada kedai untuk membuktikan bahawa anda akan balik dan produk akan dikeluarkan dari Jepun sebelum digunakan.
  4. Barangan penggunaan hanya layak mendapat pengecualian cukai dengan syarat akan dibawa keluar dari Jepun dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian, dan dibungkus dengan cara yang ditetapkan.

Kedai yang layak untuk pengecualian cukai

Berikut adalah senarai kedai yang boleh dikecualikan daripada cukai penggunaan.

Japan.Kedai Bebas-Cukai (laman web luaran)

Pergi ke halaman muat turun Adobe Reader

Adobe Reader diperlukan untuk melihat fail PDF. Sekiranya anda tidak mempunyai Adobe Reader, sila muat turunnya dari pautan banner.

Laman Utama > Rancang perjalanan anda > Maklumat Perjalanan Berguna