Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

tempat penginapan

Bahagian utama mula di sini

Hyogo mempunyai pelbagai penginapan yang boleh menepati cita rasa semua orang. Sama ada anda lebih memilih hotel gaya barat mudah dan selesa, atau Ryokan yang memiliki suasana Jepun lama, atau Minshuku dan pencen dengan persekitaran rumah yang mesra, anda boleh mencari penginapan yangt tepat untuk anda. Tidak kira gaya penginapan yang mana anda pilih, anda boleh menikmati penginapan yang selesa dengan tahap kesopanan dan perkhidmatan yang tertinggi. Cari tempat penginapan kegemaran anda di Hyogo!

Hotel

Hyogo menawarkan pelbagai jenis hotel yang memenuhi setiap cita rasa dan bajet. Hotel bandar dan hotel bisnes adalah pilihan yang mudah untuk perjalanan bisnes dan perlancongan, sementara hotel resort dan hotel berkelas mewah menyediakan tahap perkhidmatan dan kemudahan yang tinggi. Dengan pelbagai harga yang luas dan pelbagai pelan dan pilihan, anda boleh mimilih hotel yang terbaik untuk yang sesuai dengan bajet dan keperluan perjalanan anda.

Lebih

Ryokan

Ryokan adalah kemudahan penginapan dengan gaya traadisional Jepun. Bilik-bilik dihiasi dengan gaya Jepun, di mana tilam dibentangkan atas tatami (tikar tenunan) ketika tidur. Kebanyakan Ryokan menyediakan pengalaman percutian Jepun yang penuh, dengan mandi kolam air panas dan bankuet hidangan pelbagai Kaiseki. Tukar pakaian ke Yukata (kimono kapas ringan musim panas) dan layan diri anda. Kakitangan yang dedikasi ditugaskan di setiap bilik dan anda boleh menjangkakan perkhidmatan yang mesra dan prihatin seperti perkhidmatan teh dan hidangan, dan membentangkan dan mengemaskan tilam.

Lebih

Pilihan Lain

Minshuku dan pencen adalah penginapan yang umumnya kecil dan sederhana dari segi kemudahan tetapi agak murah dan menawarkan perkhidmatan yang gaya bersahaja, lebih mesra. Tuan rumah dan tetamu selalunya menjamu bersama-sama untuk jenis penginapan ini, jadi ia disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengenali orang semasa perjalanan mereka. Mereka mengalu-alukan pengunjung seperti keluarga mereka sendiri, kebanyakan pengunjung kembali ke Minshuku atau pencen yang sama setiap tahun.

Lebih

Laman Utama > Rancang perjalanan anda > tempat penginapan