Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Kawasan Tajima

Bahagian utama mula di sini

Kawasan Tajima yang menghadap Laut Jepun diberkati dengan alam, bertitik dengan banyak gunung dan air terjun, termasuk kindahan persisiran pantai yang mengagumkan San-in Kaigan Geopark, ahli Rangkaian Geopark Dunia, dan puncak tertinggi Prefektur Hyogo. Semasa musim sejuk, salji tertimbun dan terdapat salah satu tempat peranginan ski yang terbaik di Kansai. Ia juga ialah tempat yang diberkati dengan Kolam Air Panas seperti Kinosaki Onsen, popular untuk melawat Kolam Air Panas, dan Yumura Onsen, di mana Kolam Air Panas 98 darjah keluar. Terdapat banyak hidangan gourmet seperti daging lembu Tajima, sumber asal daging Kobe, dan ketam salji, rasa musim sejuk.

Bandar Taman Desa Kounotori (Bangau Oriental)

Bandar Taman Desa Prefektur Hyogo Kounotori (Bangau Oriental) telah mengusahakan pemeliharaan dan perlindungan Kounotori (Bangau Oriental). Toyooka City, di mana taman itu terletak, adalah habitat liar terakhir kepada bangau oriental di Jepun. Sangkar tanpa bumbung dibina di taman desa ini, di mana anda boleh memerhati bangau oriental ini dengan dekat. Tambahan lagi, bangau terlepas di luaran boleh dilihat di dalam dan sekitar taman desa.

Lebih

Runtuhan Istana Takeda

Runtuhan istana Takeda di Bandar Asago adalah istana terkemuka di Jepun dibina di puncak gunung dalam anggaran ketinggian 354 meter. Ia juga dipanggil "Tenkuu no Shiro (Istana di Langit)" kerana ia seolah-olah terapung di atas lautan awan bergantung kepada musim dan cuaca. Kabus pagi muncul pada awal pagi, terutamanya musim luruh dan sejuk, dan runtuhan Istana Takeda dikelilingi dengan lautan awan adalah permandangan yang menakjubkan dan kelihatan seolah-olah istana terapung di langit.

Lebih

San-in Kaigan Geopark

San-in Kaigan Geopark, ahli Rangkaian Geopark Dunia. Taman ini tersebar luas di kawasan Wilayah Kyoto, Hyogo dan Tottori. Taman ini mempunyai pelbagai topografi dan geologi yang bersejarah dari pembentukan Laut Jepun sehingga era sekarang dan anda boleh mempelajari tentang jejak sejarah dan perkembangan gaya hidup, budaya dan sejarah Jepun. Anda boleh memerhati topografi dan geologi tapak warisan seperti Pantai dan Gua Rias, unik kepada rantau Jepun.

Lebih