Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Kawasan Tamba

Bahagian utama mula di sini

Kawasan Tamba, terletak di bahagian pusat Prefektur Hyogo, diciri-cirikan oleh luar bandar dan adalah tempat di mana anda boleh menemui permandangan luar bandar Jepun yang asli. Ia adalah kawasan di mana anda boleh membeli produk pertanian berjenama. Sasayama dikenali sebagai bandar istana dan adalah rantau di mana jalan-jalan tradisional Jepun masih kekal. terdapat banyak tapak yang terkenal dengan laun musim luruh, dan semasa musim luruh, kursus bersiar-siar yang klasik adalah untuk melawat kuil dan tokong yang diwarnai oleh daun musim luruh. Tamba-yaki, yang mempunyai sejarah selama 800 tahun, diciri-cirikan oleh rasa yang senang dan anda juga boleh menikmati pengalaman tembikar

Runtuhan Istana Sasayama / Daishoin

Runtuhan Istana Sasayama adalah salah satu runtuhan istana yang terbaik di Jepun. Pada masa kini, terdapat tinggalan dinding batu istana yang menakjubkan. Daishoin sekarang adalah bangunan yang dibina semula pada April 2000, dan memaparkan pembinaan Istana Sasayama dan pembentukan bandar istana. Runtuhan istana ini, yang dikelilingi dengan air yang banyak, juga terkenal dengan tapak bunga ceri yang hebat. Kawasan sekeliling masih menunjukkan peringatan bandar istana tradisional Jepun, dan anda boleh lawat Rumah-rumah Samurai tradisional rantau ini.

Lebih

Bandar Seramik Tachikui (Bandar Seramik dan Muzium)

Tamba Yaki, salah satu tempat membakar bata seramik tertua di Jepun. Di Bandar Seramik Tachikui Sueno Sato, anda boleh mempunyai pengalaman membuat tembikar di mana anda boleh menikmati pembuatan tanah liat dan lukisan. Tambahan lagi, terdapat muzium di mana anda boleh mempelajari sejarah dan teknik-teknik Tamba Yaki. Terdapat jalan bernama "Kamamoto Yokocho", dimana anda boleh melihat dan membeli tembikar Seramik dari 55 pengeluar Seramik tempatan yang berbeza. Kawasan ini dipenuhi pengeluar tembikar tradisional Tamba Yaki, jadi anda boleh menikmati berjalan kaki di sekitar bandar untuk melawat dan melihat pelbagai tembikar ditayangkan di kedai-kedai ini.

Lebih

Tamba Momiji ("maple") Sanzan

Terdapat banyak kuil dengan daun musim luruh yang indah di banda Tamba, dan salah satu lawatan tempatan yang popular adalah lawatan daun musim luruh yang melawat 9 kuil. Terutamanya, Kuil Entsuji, Kuil Sekiganji, Kuil Kogenji dipanggil "Tamba Momiji ("maple") Sanzan", dan tapak perlancongan popular dengan banyak pengunjung semasa musim Luruh. Permandangan daun musim luruh mengelilingi Sanjuunotoh (Pagoda tiga-tingkat), dan pantulan daun musim luruh di kolam air, adalah ciri-ciri tapak yang sangat unik. Musim yang terbaik untuk daun musim luruh adalah sekitar November setiap tahun, dan ada kuil yang meraikan festivsl dan acara untuk menghargai daun musim luruh.