Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Butiran Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

Bahagian utama mula di sini

Lobi terminal ketibaan antarabangsa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai menyediakan perkhidmatan dan sokongan bahasa untuk pengunjung asing.

Pusat Maklumat Lapangan Terbang Kansai

 Pusat ini menyediakan maklumat mengenai Penerbangan, akses Kawasan, dan Kemudahan, dll. Sila cari papan tanda "? (Tanda tanya)" di dalam Terminal Lapangan Terbang, jika anda mempunyai sebarang soalan.

Pusat Maklumat Perjalanan dan Pelancongan Kansai

Pusat ini menyediakan maklumat pelancongan untuk pelancong asing yang melawat Kansai. Kami menyediakan peta jalan dan risalah untuk seluruh kawasan Kansai.

ATM

Bank, Penukar Wang, dan mesin tukaran matawang automatik yang mengendalikan mata wang asing.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat Maklumat Perjalanan Berguna

Penukar Wang

Bank, Penukar Wang, dan mesin tukaran matawang automatik yang mengendalikan mata wang asing.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat Maklumat Perjalanan Berguna

Kereta api

Anda akan menemui Stesen Lapangan Terbang Kansai, melalui laluan penghubung dari tingkat 2 Terminal 1.
Untuk pergi ke Hyogo, pergi ke Osaka di Lapangan Terbang JR Kansai, kemudian tukar ke JR Tokaido Sanyo Line di Stesen Osaka (Stesen Shin-Osaka).
Untik butiran, lihat Maklumat Pengangkutan.

Bas dan teksi

Perhentian bas limosin & teksi terletak di tingkat 1 Terminal 1, dan juga di Terminal 2. Anda boleh membeli tiket Bas di mesin tiket automatik.
Bas ke Kobe Sannomiya & ke kawasan Rokko berangkat dari Perhentian Bas no.6 di tingkat 1 Terminal 1, dan Perhentian Bas no.2 Terminal 2
Bas ke Himeji berangkat dari Perhentian Bas no.5 di tingkat 1 Terminal 1.
Bas ke Awaji berangkat dari Perhentian Bas no.2 di tingkat 1 Terminal 1.
Untik butiran, lihat Maklumat Pengangkutan.

* Klik di sini untuk laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (laman web luar)

Akses ke stesen Terminal Pelabuhan dari Lapangan Terbang Kansai (Untuk pengunjung yang memasuki bandar dengan Bot Berkelajuan Tinggi)

Akses dari bangunan Terminal 1 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai)

Pergi ke Kaunter Tiket Bot berkelajuan tinggi di tingkat pertama Bangunan Terminal 1 (Lapangan Terbang Kansai Int'l). Beli "tiket bot berkelajuan tinggi yang pergi ke arah Lapangan Terbang Kobe". Terdapat Bas Ulang-alik Percuma ke kawasan bertolak Bot Berkelajuan Tinggi dari Perhentian Bas no.12 di Terminal 1. Bot Berkelajuan Tinggi akan membawa anda ke stesen Terminal Pelabuhan kira-kira 10 minit.

Akses dari Bangunan Terminal 2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai)

Sila ambil Bas Ulang-alik Percuma dari tingkat pertama Terminal 2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai). Anda akan tiba di tingkat pertama Aero Plaza dalam masa 7-9 minit. Selepas turun, berjalan melalui Stesen Lapangan Terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai), dan pergi ke Kaunter Tiket Bot Berkelajuan Tinggi di tingkat pertama di Terminal 1. Beli "Tiket Bot Berkelajuan Tinggi ke arah Lapangan Terbang Kobe". Terdapat Bas Ulang-alik Percuma ke kawasan bertolak Bot Berkelajuan Tinggi dari Perhentian Bas no.12 di Terminal 1.
Bot Berkelajuan Tinggi akan membawa anda ke stesen Terminal Pelabuhan kira-kira 10 minit.

* Harap maklum bahawa tidak ada Laluan Bas Langsung yang tersedia dari Terminal 2 ke stesen Terminal Pelabuhan.

Kaunter Bot Berkelajuan Tinggi

Lokasi: Terminal 1, tingkat pertama (Bahagian Utara)
Laluan: Lapangan Terbang Kobe - Bandar Kobe - Kanku (Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai) Pengakutan Ulang-alik
Tempahan & Pertanyaan: +81 (0) 78-304-0033 (Dari 9 am hingga 6 pm, buka sepanjang tahun)
Waktu operasi kaunter penerimaan tetamu: 6am-0:15am (buka 7 hari seminggu)
Untik butiran, lihat Maklumat Pengangkutan.

Maklumat pengangkutan awam

Kereta api

1. Semak tambang ke destinasi di Meja Tambang berdekatan dengan mesin tiket.
2. Setelah memasukkan tambang ke mesin menjual tiket, tekan butang dengan harga yang dipaparkan dan terima tiket dan wang kecil.
3. Apabila anda masuk ke pintu masuk automatik, masukkan tiket anda ke mesin pintu dan pastikan untuk MENGAMBIL BALIK tiket anda yang keluar segera dari pintu sebelah lain, kerana anda memerlukan tiket anda untuk keluar dari stesen destinasi anda. Apabila anda turun di stesen destinasi, masukkan tiket semula di mesin pintu apabila anda melalui pintu keluar.

Bas

1. Di perhentian bas, periksa nombor laluan jalan bas yang pergi ke arah stesen destinasi anda di peta laluan.
2. Naik ke atas bas melalui bahagian belakang pintu bas. Jangan lupa untuk mengambil tiket yang dijana secara automatik semasa menaiki bas.
3. Apabila bas mendekati destinasi stesen bas anda, tekan butang BERHENTI.
4. Tambang dipaparkan dekat di hadapan bas. Sila semak tambang anda, mengikut number tiket yang telah anda ambil pada waktu menaiki. Bayar tambang apabila anda turun bas di destinasi anda. Wang kertas biasanya tidak diterima untuk bayaran tambang, jadi sediakan syiling yang mencukupi terlebih dahulu SEBELUM anda sampai ke stesen destinasi anda.   

 

Teksi

1. Gunakan Perhentian Teksi di mana-mana stesen ATAU anda juga boleh hentikan teksi di jalan dengan mengangkat tangan anda.
2. Teksi di Jepun menggunakan pintu automatik, dikawal oleh pemandu teksi. Tunggu sehingga pintu automatik buka untuk anda, dan masuk ke tempat duduk belakang teksi.
3. Beritahu pemandu destinasi anda. Mungkin lebih senang untuk berkomunikasi jika anda tunjukkan peta atau buku panduan.
4. Teksi di Jepun ialah teksi bermeter. Apabila turun, bayar mengikut bilangan yang dipaparkan oleh meter tambang dekat dengan kerusi pemandu.

 

Laman Utama > Rancang perjalanan anda > Maklumat pengangkutan > Butiran Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai