Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Tapak Bersejarah & Kebudayaan

Bahagian utama mula di sini

Memandangkan Prefektur Hyogo pernah dibahagikan kepada lima negara, sejarahnya dan budayanya berbeza di setiap kawasan. Kobe, bandar metropolitan ini, merupakan salah satu bandar pelabuhan terkemuka Jepun, dan sejaranya telah lama menerima orang asing . Senibina gaya barat pada awal 1900-an mewarnai bandar. Selain itu, terdapat banyak jalan tradisional Jepun, terutama di dalam dan di sekitar tapak warisan dunia, seperti Istana Himeji dan bandar istana lain.Antaranya, Runtuhan Istana Takeda, yang dikenali sebagai "Tenkuu no Shiro (Istana di Langit)", dan Kuil Kobaji di kawasan Tamba adalah salah satu tempat tradisional yang paling popular di Hyogo. Pulau Awaji dikatakan sebagai tempat kelahiran Jepun dalam cerita mitologi nasional "Kelahiran Tanah".

Istana Himeji

Berdaftar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Jepun, Istana Himeji adalah istana yang diiktiraf di seluruh dunia. Istana ini adalah salah satu istana yang paling indah di Jepun. Ia dipanggil "Istana Shirakaba" daripada dinding plaster putih. Selepas lima tahun kerja pembaikan, pembukaan besar diadakan pada Mac 2015. Pemandangan dari menara istana adalah menakjubkan. Terdapat juga panduan percuma untuk warga asing.

Lebih

Runtuhan Istana Takeda

Istana Takeda adalah sebuah istana dibina di atas gunung ketinggian kira-kira 354m. Masih terdapat dinding-dinding batu besar yang tertinggal di puncak gunung. Istana ini adalah istana gunung yang paling terkenal di Jepun. Ciri unik istana ini adalah kabus pagi musim Luruh mungkin dapat kelihatan pada awal pagi hanya semasa musim Luruh apabila cuaca baik dan cerah. Apabila kabus pagi musim luruh ini muncul, anda boleh menikmati ilusi istana kelihatan seolah-olah terapung di atas awan. Anda juga boleh menikmati permandangan luar biasa "lautan awan". Kerana penampilannya, istana ini menjadi popular dengan gelaran "Tenkuu no Shiro (Istana di Langit)".

Lebih

Kobe Kitano Ijinkan-gai (Kazamidori-no-Yakata (Rumah Weathercock)

Di daerah Kitano di Kobe, masih terdapat banyak bangunan gaya Barat di mana orang Barat tinggal di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Rumah Weathercock di Kitano Ijinkan-gai adalah kediaman seorang pedagang Jerman yang pernah tinggal di Kobe. Kazamidori (Baling Angin Berbentuk Ayam) di atas bumbung dan dinding luar bata merah adalah simbol Jalan Kitano Ijinkan. Rumah Weathercock ini terbuka kepada pengunjung awam.

Lebih

h-001

Lebih

Laman Utama > Perkara yang perlu dilakukan > Tapak Bersejarah & Kebudayaan