Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Alam & Tapak Permandangan

Bahagian utama mula di sini

Prefektur Hyogo, dikelilingi oleh laut dan gunung-gunung, penuh dengan permandangan kaya-alam, yang berubah wajah dengan setiap empat musim Jepun. Anda boleh nikmati bunga-bunga yang cantik seperti pokok ceri Sakura, Bunga Nanohana, Tulip, dan lain-lain di musim Bunga, keindahan pantai Laut Jepun dan Laut Pedalaman Seto pada musim Panas, kecantikan daun musim luruh pada musim luruh, dan pemandangan salji putih yang indah pada musim sejuk. Beberapa tempat bergambar yang paling popular adalah pemandangan 10 Juta Dolar cahaya lampu bandaraya Kobe pada waktu malam, San-in Kaigan Geopark, pemandangan Pantai yang indah di Kepulauan Iejima, Kuil Tamba, dan padang bunga dari kepulauan Awaji shima.

Tamba Maple Sanzan (Kogenji)

Tamba adalah kawasan dengan tokong dan kuil yang terkenal dengan pemandangan daun musim luruh. Khususnya, kuil Kogenji adalah salah satu daripada tiga teratas lokasi yang disyorkan untuk pemandangan pegunungan untuk melihat daun musim luruh maple Tamba Momiji. Terdapat banyak bangunan bersejarah di kawasan itu. Mari kita berjalan-jalan di kuil sambil menikmati pemandangan daun musim luruh. Pemandangan Sanjuunotoh (Pagoda tiga-tingkat) dan daun musim luruh adalah sangat popular sebagai lokasi fotografi di kawasan itu. Masa terbaik untuk melihat daun musim luruh adalah sekitar November.

Lebih

Rokko Garden Terrace (Observatori Aktiviti & Alam, Rokko Shidare)

Rokko Garden Terrace terletak di puncak Rokkosan. Terdapat restoran, kafe dan kedai barangan am. Terdapat Observatori di sini yang merupakan tempat pemandangan cahaya bandar masa malam yang popular. Sepanjang hari, anda boleh melihat Jambatan Akashi Kaikyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Observatori Rokko Shidare adalah Observatori yang dibuat dari pokok Cypress [yang merupakan jenis pokok yang sering digunakan dalam struktur kayu tradisional Jepun di rumah, tab mandi, tokong dan kuil]. Oleh itu, apabila anda masuk ke dalam, anda akan dikelilingi oleh aroma pokok cypress yang kuat.

Lebih

Bandar Taman Desa Prefektur Hyogo Kounotori (Bangau Oriental)

Bandar Taman Desa Prefektur Hyogo Kounotori (Bangau Oriental) telah mengusahakan pemeliharaan dan perlindungan Kounotori (Bangau Oriental). Kounotori (Bangau Oriental) juga merupakan Burung Wilayah kepada Prefektur Hyogo. Toyooka City, di mana taman itu terletak, adalah habitat liar terakhir kepada bangau oriental di Jepun. Sejak September 2005, usaha telah dibuat untuk melepaskan bangau oriental ini kepada habitat liar. Terdapat juga Observatori di taman ini, di mana anda boleh melihat bangau oriental secara dekat.

Lebih

Lebih

Laman Utama > Perkara yang perlu dilakukan > Alam & Tapak Permandangan