Laman web ini adalah laman web rasmi (versi berbilang bahasa) Persatuan Pelancongan Hyogo di Prefektur Hyogo, Jepun.
Kami menyediakan maklumat Pelancongan seperti tempat tumpuan bersiar-siar, tapak-tapak Onsen (Kolam Air Panas), Acara, dll. untuk Kobe, Himeji, Kinosaki, Awaji dan banyak lagi kawasan tempatan Prefektur Hyogo.

Onsen (Kolam Air Panas)

Bahagian utama mula di sini

Prefektur Hyogo, yang terdiri daripada "lima rantau", iaitu Settsu, Harima, Tajima, Tamba dan Awaji, mempunyai banyak Onsen (Kolam Air Panas) yang telah menyembuhkan berjuta pelawat Jepun sejak zaman kuno. Sekitar 30 minit dari Kobe dan Osaka, Onsen Arima (Kolam Air Panas) adalah Kolam Air Panas tertua di Jepun dikenali sebagai tempat yang lama dicintai oleh banyak tokoh sejarah Jepun. Onsen Kinosaki (Kolam Air Panas), yang terletak di kawasan Tajima, terkenal dengan pilihan lawatan untuk melawat 7 kemudahan Onsen (Kolam Air Panas) yang berdekatan. Di Yumura Onsen (Kolam Air Panas), terdapat sumber Kolam Air Panas dengan air panas 98-darjah, di mana anda boleh mengalami (rebus) Onsen-Tamago (Telur rebus gaya-Mata-Air-Panas). Terdapat juga kawasan Onsen (Kolam Air Panas) yang unik, seperti Kolam Air Panas yang menghadap ke laut dan Kolam Air Panas di sepanjang lembah.

Onsen Arima (Kolam Air Panas)

Onsen Arima (Kolam Air Panas) adalah salah satu Kolam Air Panas tertua di Jepun dan pusat Arima adalah salah satu tempat Onsen (Pacuran Air Panas) yang terkenal di Jepun. Ia boleh dikunjungi dengan kereta dalam masa 30 minit dari Osaka dan Kobe dan dalam masa sejam dari Kyoto. Kolam Air Panas yang dipanggil "Kinsen (Kolam Air Panas Emas)" mempunyai banyak besi dan mempunyai warna coklat kemerahan. Ia juga disyorkan untuk berjalan-jalan di bandar Onsen di mana kedai-kedai cenderamata dan restoran terletak. Penginapan Ryokan menyajikan masakan tempatan yang lazat.

Lebih

o-001.jpg

Onsen Kinosaki (Kolam Air Panas)

Onsen Kinosaki (Kolam Air Panas) adalah Kolam Air Panas yang dikatakan "ditemui" oleh Konoutori (bangau Oriental[,Hyogo mempunyai hubungan sejarah panjang dengan biak burung ini] kira-kira 1400 tahun dahulu di Jepun. Permandangan kawasan ini sangat indah, dengan deretan pokok willow di sepanjang Sungai Oiso. Dengan banyak Ryokan kayu tradisional (hotel & penginapan), anda boleh menikmati suasana bandaraya tradisional Jepun Onsen (Kolam Air Panas). Untuk menikmati bandar Onsen ini sebagai mana penduduk tempatan menikmati, gaya Onsen Kinosaki adalah melawat setiap 7 kemudahan Onsen awam satu demi satu, bukan hanya mandi di Ryokan (Hotel) anda. Marilah pakai YUKATA (Pakaian bersahaja traditsional Jepun) dan pergi sekitar 7 bilik mandi awam untuk mencari kegemaran anda!

Lebih

Onsen Sumoto (Kolam Air Panas)

Onsen Sumoto (Kolam Air Panas) adalah Onsen terbesar di Pulau Awaji. Sebuah Kolam Air Panas baru ditemui pada tahun 1993. Di gaya Onsen Roten-Buro (Onsen Terbuka) ryokan (hotel), anda boleh menikmati Onsen sambil melihat keluar permandangan laut. Air Onsen (Kolam Air Panas) di kawasan ini jelas dan dikatakan sangat baik untuk kulit.Anda boleh makan makanan laut segar dan lazat dari Pulau Awaji di ryokan dan hotel.

Lebih

o-009.jpg

Lebih

Laman Utama > Perkara yang perlu dilakukan > Onsen (Kolam Air Panas)